Friday, 11 November 2011

E2 PENGAJARAN!!!


   Jangan diulangi kesilapan lalu
Bukan manusia jika kesilapan sifar
Tapi ingatlah, bodoh sekiranya mengulangi kesilapan yang sama
Jadikanlah ia pengajaran
Pengajaran brguna yang bisa mematangkan dirimu.
                                                                                                 30/10/11

KUATLAH, JANGAN TERLALU LEMAH SAYANG.- bidadari besiku-

Sayang
Jagalah maruahmu, maruah ibubapamu
Tahanlah,kuatkanlah hatimu
Jangan trlalu mudah terhasut dengan  iblis laknatullah sayangku
   
    Sayang
Ingatlah masih ramai yg menyayangimu
Jangan tlalu mudah menagih cinta mahupun simpati sang kumbang
Yang masih diragui statusnya pada dirimu sayangku

Sayang
Allah ada disisimu
Usahlah  gusar  tentang jodohmu
Yang   telah termaktub di luh mahfuz sayangku

Sayang
Yakinlah kamu  dengan ketetapan-Nya
Kerna Dialah yg lebih tahu
Siapa yang bisa membahgiakan dirimu sayangku

Sayang
Carilah cinta illahi
Tuntutlah  ilmu-Nya
Persiapkanlah dirimu dengan agama-Nya
Kejarlah akhirat nescaya dunia akan mengejarmu sayangku J
                                                                                                                 30/10/11

Wednesday, 10 August 2011

Solat yg Khusyuk( kandungan PI form 1)





Maksud Khusyuk Solat
  • Tunduk dan merasa rendah diri dengan menumpukan hati dan anggota ketika solat semata-mata kerana Allah SWT

Usaha2 yg perlu dilakukan supaya solat menjadi khusyuk

melalui hati
  •  rasa gerun dan takutkan Allah SWT akan menjadikan solat kita khusyuk
  • beri tumpuan hati kpd solat
  • menggmbarkan seolah-olah berhadapan dengan Allah SWT

melalui akal fikiran

  • cuba fahami apa yg dibaca dlam solat
  • lupakan hal-hal dunia ktk solat
  • pusatkan fikiran kepada solat

melalui anggota

  • Memandang tempat sujud
  • mendiamkn anggota badan kcuali yg berkaitan dengan solat
  • menympurnakan semua rukun fi'li
(dengan ini, semoga kita mendapat kekhusyukan dalam solat.amin...)

Kepentingan khusyuk dalam solat

  • Solat kita diterima Allah SWT
  • dapat tingkatkan keimanan dan ketakwaan kpd Allah SWT
  • Terhindar drpd mengerjakan perbuatan yg mungkar
  • mendapat keberkatan hidup
  • mmbentuk peribadi yg mulia
*takwa- takwa ialah mengawal diri drpd melakukan perkara2 yg dimurkai Allah SWT dngan mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangannya

smoga kita semua menjadi orang yg bertakwa...amin...


sebab2 tidak khusyuk dlm solat

  • x mmahami maksud ayat2 dan bacaan lain dalam solat
  • Makanan,minuman dan pakaian drpd sumber yg haram
  • disebabkan o dosa dan maksiat yg dilakukan
  • solat dalam keadaan yg tergesa2
  • x tetap anggota
  • fikir hal2 dunia
Wallahualam...

Ya Allah... jauhi la aku drpd sifat2 e2...

Sabda Rasulullah s.a.w: ''Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Empat sifat itu ialah bila dipercayai dia mengkhianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia  mengenepikan kebenaran.''(Riwayat Ahmad)

Tuesday, 9 August 2011

Mencari harta yang bernilai









ad mata lihat,
ad telinga dengar,
ad mulut tanya,
ad tangan ambil,
ad kaki jalan...

Selamat menuntut Ilmu... :)

Monday, 8 August 2011

5 Perkara elok disebut




Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 

  • Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita tetapi  kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. 

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

  • 1000 tahun di dunia bersamaan dengan  sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. 
  • Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. 
  •  Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya.  Perbanyakkanlah menyebut  tentang akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur dengan saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

  • bekalan hidup ketika tua dan bersara sering kita fikirkan, ttapi jarang kita fikirkan bekalan hidup di sana nanti. 
  • Memikirkan mati adalah sunat. Dengan mengingati mati,  kita dapat  menginsafi diri dan menyedari tentang  kekurangan amalan kita  yang perlu dibawa ke sana.
  •  Dunia ibarat kebun akhirat( bekalan akhirat dikumpulkan semasa hidup di dunia).Uruskan kebun di dunia dan hasilny kita nikmati di akhirat…  
  • sikap Saidina Alli wajar dicontohi kerana walaupun  sudah terjamin ke syurga, Saidina Ali masih mengatakan betapa  kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. bagaimana dengan kita???

 Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. 


  •        Syaitan memang sentiasa menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat.
  •  Kita terlupa bahawa dengan menyebut  kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini  boleh merosakkan pahala kebajikan yang telah kita lakukan
  • Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri

Jangan sebut-sebut dan menampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.(sentiasalah bermuhasabah diri sendiri)

  • Kegelapan hati ditambah dengan godaan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain.
  • Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri
  • Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul
  • Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita
  • Biasakanlah  diri kita meneliti keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain
  • Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya
  • Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  


Sunday, 7 August 2011

Doa Senjata Orang Mukmin

(Doa Khatam al-Quran)

Maksud Doa

Permohonan ssuatu hajat daripada Allah SWT  samaada untk mendapatkan manfaat atau menghindarkan diri daripada kemudaratan.

Adab-adab Berdoa

  • Suci daripada hadas dan najis
  • menutup aurat
  • mengadap kiblat
  • menadah kedua belah tangan
  • Permulaan doa- memuji Allah SWT
  • Selawat ke atas nabi SAW
  • Bdoa dngn penuh yakin dan khusyuk
  • Diakhiri dengan selawat dan memuji Allah swt

Waktu Mustajab Berdoa

  • Waktu tengah malam yg sunyi trutamanya sepertiga malam
  • hari jumaat dan malamnya
  • hari arafah(9 Zulhijjah)
  • antara waktu azan dan Iqamat
  • sedang sujud
  • bulan Ramadhan trutamanya malam lailatulqadar


Tempat Mustajab Berdoa

  • Di padang Arafah
  • Di Multazam
  • Di hadapan kaabah
  • Dalam masjid terutamnya MasjidilHaram
  • Di Raudah
  • Dalam peperangan menentang musuh


Doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT

  • Doa orang yang brpuasa
  • Doa org yang dizalimi
  • Doa orang yg bermusafir di jln Allah SWT
  • Doa seorg pemimpin yg Adil
  • Doa Ibu bapa (bertakwa) kepada anak-anaknya 
  • Doa hamba yg ikhlas


Bukti Doa sbg Senjata Orang Mukmin

  • Kemenangan Umat Islam menentang kerajaan Farsi dan Rom 
  • Keislaman saidina Umar hasil keberkatan doa Rasulullah SAW
  • Kmenangan tentera Islam dlm peperangan Badar Al-Kubra bermula dengan doa Rasulullah SAW.