Monday, 8 August 2011

5 Perkara elok disebut




Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 

  • Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita tetapi  kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. 

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

  • 1000 tahun di dunia bersamaan dengan  sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. 
  • Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. 
  •  Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya.  Perbanyakkanlah menyebut  tentang akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur dengan saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

  • bekalan hidup ketika tua dan bersara sering kita fikirkan, ttapi jarang kita fikirkan bekalan hidup di sana nanti. 
  • Memikirkan mati adalah sunat. Dengan mengingati mati,  kita dapat  menginsafi diri dan menyedari tentang  kekurangan amalan kita  yang perlu dibawa ke sana.
  •  Dunia ibarat kebun akhirat( bekalan akhirat dikumpulkan semasa hidup di dunia).Uruskan kebun di dunia dan hasilny kita nikmati di akhirat…  
  • sikap Saidina Alli wajar dicontohi kerana walaupun  sudah terjamin ke syurga, Saidina Ali masih mengatakan betapa  kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. bagaimana dengan kita???

 Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. 


  •        Syaitan memang sentiasa menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat.
  •  Kita terlupa bahawa dengan menyebut  kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini  boleh merosakkan pahala kebajikan yang telah kita lakukan
  • Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri

Jangan sebut-sebut dan menampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.(sentiasalah bermuhasabah diri sendiri)

  • Kegelapan hati ditambah dengan godaan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain.
  • Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri
  • Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul
  • Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita
  • Biasakanlah  diri kita meneliti keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain
  • Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya
  • Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  


No comments:

Post a Comment